Thursday 29 March 2012

Teknik Menjawab Sains Bahagian B

Panduan Menjawab Soalan Sains Bahagian B
Bil
Kemahiran Proses Sains
Panduan Menulis Jawapan
1
Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan menggunakan deria penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sentuhan
2
Inferens

1.       Inferens Tunggal

2.       Inferen berbanding
(pemerhatian) kerana (sebab)
Contoh:
(Inferens Tunggal)
Pokok A layu kerana tidak mendapat baja yang cukup.
(Inferens Berbanding)
Pokok A layu kerana tidak mendapat baja yang cukup berbanding Pokok B .
*letakkan perkataan berbanding…..
3
Meramal
1.       Meramal dalam bentuk situasi.

Haiwan di kawasan A akan pupus.
2.       Mera mal dalam bentuk angka.
Kurang dari 10 saat.

4
Mentafsir Maklumat
1.       Tajuk / Tujuan
·         mengaitkan Pembolehubah  Manipulasi (PUM) dengan Pembolehubah  Bergerakbalas (PUB).
·         satu pernyataan umum.
1.       Untuk mengkaji hubungan di antara ________PUM_____ dengan  _______PUB____
Contoh;
        Untuk  mengkaji  hubungan di antara panjang tali
        dengan  jumlah  hayunan bandul dalam masa 5 minit.

2.       Hubungan
·         mengaitkan PUM dan PUB
·         menyatakan PUM memberi kesan kepada PUB
·         menyatakan pola pada PUM dan PUB
2.       Jika_______(pola)PUM____maka______(pola)_PUB____

Contoh;
Jika banyak baja maka pokok subur.


3.       Pola
·         melihat perubahan pada data dalam bentuk nombor.
·         membaca kedudukan nombor dari  kanan ke kiri
·         tahu nilai nombor.
·         menggantikan nilai nombor dengan  perkataan tertentu.
3.       Nombor yang makin besar nilainya  dinyatakan
              Bertambah, Meningkat, Menaik.
       Nombor yang makin kecil nilainya 
              Berkurang,  Menurun
       Nombor  yang kekal nilainya
       Sama, Kekal, Mendatar, Tidak berubah,  Tetap
Contoh;
Semakin meningkat
4.       Rumusan
·         Membuat kesimpulan dengan menyatakan secara keseluruhan maklumat yang  terdapat dalam data.
·         Menulis ayat ringkas tetapi lengkap.
5.       Pada______PUM_______(pola) PUB manakala pada______PUM_______(pola)PUB
Contoh:
Pada suhu antara 20 ºC – 30 ºC bilangan biji benih yang
bercambah meningkat, manakala suhu 35 ºC – 40 ºC
bilangan biji benih yang bercambah tidak berubah dan
pada suhu 45 ºC ke atas bilangan biji benih bercambah 
berkurang
Bil
Kemahiran Proses Sains
Panduan Menulis Jawapan

5
Pembolehubah
1.       Pembolehubah yang dimalarkan
  • Perkara / faktor yang ditetapkan atau diselaraskan.
  • Mesti dikawal supaya tidak
               mempengaruhi hasil ujikaji.

Pastikan setiap kali menulis pembolehubah mestilah ada ’parameter’.

Contoh Menulis Jawapan:

Berdasarkan penyiasatan di atas, nyatakan  pembolehubah-pembolehubah berikut.
Pembolehubah malar               :  Isipadu air
Pembolehubah dimanipulasi  :  Suhu air
Pembolehubah bergerakbalas:   Kuantiti garam yang dilarutkan (g)


2.       Pembolehubah dimanipulasi
  • Perkara / faktor yang sengaja diubah-ubah.
  • Memberi kesan /
mempengaruhi hasil ujikaji.
3.       Pembolehubah bergerakbalas
·         Hasil ujikaji / apa yang berlaku di akhir eksperimen


6
Hipotesis

Semakin ........, semakin / Jika ,....... maka  /  Lebih , ...... lebih
Contoh;
Semakin berat besi, semakin panjang spring.
Jika berat besi bertambah, maka semakin panjang spring.

Salam Blogger

Assalamualaikum, dan salam sejahtera.... selamat datang ke Blog Bicara Minda,