Panduan Menjawab Soalan Sains Bahagian B
Bil | Kemahiran Proses Sains | Panduan Menulis Jawapan | |
1 | Pemerhatian | Pemerhatian dilakukan menggunakan deria penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sentuhan | |
2 | Inferens 1. Inferens Tunggal 2. Inferen berbanding | (pemerhatian) kerana (sebab) Contoh: (Inferens Tunggal) Pokok A layu kerana tidak mendapat baja yang cukup. (Inferens Berbanding) Pokok A layu kerana tidak mendapat baja yang cukup berbanding Pokok B . *letakkan perkataan berbanding….. | |
3 | Meramal 1. Meramal dalam bentuk situasi. | Haiwan di kawasan A akan pupus. | |
2. Mera mal dalam bentuk angka. | Kurang dari 10 saat. | ||
4 | Mentafsir Maklumat 1. Tajuk / Tujuan · mengaitkan Pembolehubah Manipulasi (PUM) dengan Pembolehubah Bergerakbalas (PUB). · satu pernyataan umum. | 1. Untuk mengkaji hubungan di antara ________PUM_____ dengan _______PUB____ Contoh; Untuk mengkaji hubungan di antara panjang tali dengan jumlah hayunan bandul dalam masa 5 minit. | |
2. Hubungan · mengaitkan PUM dan PUB · menyatakan PUM memberi kesan kepada PUB · menyatakan pola pada PUM dan PUB | 2. Jika_______(pola)PUM____maka______(pola)_PUB____ Contoh; Jika banyak baja maka pokok subur. | ||
3. Pola · melihat perubahan pada data dalam bentuk nombor. · membaca kedudukan nombor dari kanan ke kiri · tahu nilai nombor. · menggantikan nilai nombor dengan perkataan tertentu. | 3. Nombor yang makin besar nilainya dinyatakan Bertambah, Meningkat, Menaik. Nombor yang makin kecil nilainya Berkurang, Menurun Nombor yang kekal nilainya Sama, Kekal, Mendatar, Tidak berubah, Tetap Contoh; Semakin meningkat | ||
4. Rumusan · Membuat kesimpulan dengan menyatakan secara keseluruhan maklumat yang terdapat dalam data. · Menulis ayat ringkas tetapi lengkap. | 5. Pada______PUM_______(pola) PUB manakala pada______PUM_______(pola)PUB Contoh: Pada suhu antara 20 ºC – 30 ºC bilangan biji benih yang bercambah meningkat, manakala suhu 35 ºC – 40 ºC bilangan biji benih yang bercambah tidak berubah dan pada suhu 45 ºC ke atas bilangan biji benih bercambah berkurang | ||
Bil | Kemahiran Proses Sains | Panduan Menulis Jawapan | |
5 | Pembolehubah 1. Pembolehubah yang dimalarkan
mempengaruhi hasil ujikaji. | Pastikan setiap kali menulis pembolehubah mestilah ada ’parameter’. Contoh Menulis Jawapan: Berdasarkan penyiasatan di atas, nyatakan pembolehubah-pembolehubah berikut. Pembolehubah malar : Isipadu air Pembolehubah dimanipulasi : Suhu air Pembolehubah bergerakbalas: Kuantiti garam yang dilarutkan (g) | |
2. Pembolehubah dimanipulasi
mempengaruhi hasil ujikaji. | |||
3. Pembolehubah bergerakbalas · Hasil ujikaji / apa yang berlaku di akhir eksperimen | |||
6 | Hipotesis | Semakin ........, semakin / Jika ,....... maka / Lebih , ...... lebih Contoh; Semakin berat besi, semakin panjang spring. Jika berat besi bertambah, maka semakin panjang spring. |
No comments:
Post a Comment